13 February 2011

Pakej ABJZ

Senarai Harga Pakej ABJZ yang ditawarkan untuk Sekolah dan IPT.


Pakej
Sekolah
IPT
1.
ABJZ Preview
RM 1,300
RM 2,200
2.
ABJZ Tour
RM 1,950
RM 3,200
3.
ABJZ Camp 
2 hari 1 malam

ABJZ Camp 
3 hari 2 malam



RM 3,300

RM 3,700

RM 4,900

RM 8,500










   
* selain dari institusi di atas dan mahu mengadakan ABJZ di tempat anda, boleh runding terus dengan wakil ABJZ.










Wakil berdaftar ABJZ

Sis Jaja
03-4107 3379

Kepentingan Penganjuran ABJZ

Penganjuran ABJZ dilihat sebagai program wajib bagi setiap institusi pendidikan. Ini dilihat selaras dengan fungsi institusi tersebut yang ingin mendidik remaja dan belia. Kempen ABJZ yang dilakukan membawa peserta untuk menyedarkan potensi diri dan juga asas pegangan hidup mereka.

Kepentingan kempen ABJZ ini juga selari dengan keadaan semasa yang dilihat sudah parah dalam gejala sosial dan penzinaan. Adalah langkah yang baik bagi institusi pendidikan untuk melaksanakan kempen ABJZ di lokaliti mereka dalam usaha untuk membanteras gejala zina yang berleluasa ini.

ABJZ boleh membantu menyelamatkan remaja/ belia untuk mengatakan tidak kepada zina

Hasil daripada kempen ABJZ ini diharapkan agar dapat memberikan kepada pelajar satu anjakan paradigma dalam membuat keputusan. Keputusan yang mana mempunyai kesan yang besar dalam hidup pada masa akan datang.

Keputusan yang diharapkan adalah para peserta berani untuk mengatakan tidak kepada zina dan menjauhi segala perkara yangmenjuruskan ke arah itu. Keberanian peserta adalah manifestasi pendirian mereka. Kekuatan emosi untuk meluahkan apa yang menjadi pegangan akidah dan budaya.

Manfaat ABJZ bagi remaja

Para remaja merupakan golongan yang paling banyak mendapat manfaat daripada kempen ABJZ ini.  Golongan sasaran ini akan mendapat faedah yang mana merupakan satu pendedahan baru dalam isu memperkenalkan kesihatan reproduktif.  Isu yang kritikal disaat-saat masyarakat tidak tahu menghargai kesihatan reproduktif.

Antara manfaat lain adalah dimana para peserta akan dapat membezakan antara cinta sebenar dan cinta palsu. Bermula dari cinta yang tidak tahu hala tuju terjadinya maksiat zina.

Pengalaman mengendalikan ABJZ

Selama hampir setahun mengendalikan ABJZ, penerimaan remaja dan masayarakat amat positif. Ini dapat dilihat pada testimoni peserta pada akhir program.  Kebanyakkan peserta bersetuju dengan apa yang dibawakan dalam ABJZ.

Antara pengalaman menarik adalah ketika peserta memberi respon yang baik terhadap sebarang persoalan yang dilontarkan, juga kepada sikap terbuka peserta yang menonjol.

Peranan ABJZ dalam mendidik dan memperkasa para remaja

ABJZ dilihat sebagai satu kempen bagi membimbing para remaja dalam menjalani kehidupan di masa kini.  Kempen yang dilakukan bertujuan untuk mendidik dan membimbing selain berupaya untuk memperkasa remaja.

Antara kandungan kempen ABJZ ialah perihal zaman remaja dan akibat cinta. Selain memberi pendedahan ringkas, ABJKZ turut membawakan mengenai isu kesihatan reproduktif. Isu ini dilihat begitu penting untuk didedahkan kepada umum dalam rangka untuk mengenal penyakit daripada perbuatan zina.